-
Anak jadi mangsa keadaan…
Sambungan dari tulisan saya BERANI DENGAN KEPUTUSAN. Saya berhutang dengan anak-2..itu saya rejam diri sendiri..anak tak bersalah saya yang kena kuat dan usahakan sedaya boleh. Orang hina saya tak mengapa jangan orang hina anak-2 saya. Tindakan berani saya tu perlukan jiwa yang betul2 kuat dan tak akan toleh ke belakang. Semasa bercerai saya menyerahkan hak penjagaan anak (sementara) kepada bekas suami . Itu paling berat saya lalui. Dia juga tidak mampu dan telah meletakan anak-anak dirumah ibunya. Saya terumbang ambing mencari haluan hidup.Saya terbuang sendirian lalui kesengsaraan selama berbelas tahun. Tanpa keluarga dan sejak dahulu saya sering sendiri . Mereka tidak tahu apa yang saya lalui. ( Family malu tindakan…
-
Berani Dengan Keputusan – Part 3
Sikap kami sangat jauh berbeza. Dia tak berwawasan dan saya pula sangat optimis dlm cita2.. Dia tak pernah marah. Bila bercakap nada suara sangat baik. Kami tak pernah bergaduh pun..!!..Bercakap dgn dia atau bergaduh pun tak guna sebab lebih baik bergaduh dengan ayam..Ayam ada gak bunyi..ha ha ha Setiap manusia tetap ada kebaikannya. Manusia tidak sempurna begitu juga saya banyak lah kelemahan saya..Ayah Yati kerja sebagai pengawal keselamatan. Sekarang tak berkerja kerana uzur. Ada beberapa perkara yang saya ingat ..Paling saya suka dan paling saya benci… Dari situ saya belajar yang merangsang otak saya datang ke Kuala Lumpur mencari misi saya… Buat apa kerja kuat2..?? Kamu ni tamak sebab nampak…
-
Berani Dengan Keputusan… Part 2
Saya dah geram dan penat nak jaga hati semua orang. Tak sapa datang dan bertanya khabar pun.. Cukuplah pengalaman tu dan saya tak mahu tanggung beban tu berterusan selama umur yang ada. Paksaan dan menjaga maruah keluarga untuk berkahwin dengan pilihan mereka telah saya turuti. Mak ayah akan satu hari akan mati . Mereka bukan berharta dan saya pula tak berpendidikan. Hasilnya saya cuma memuaskan hati semua orang. Masa untuk saya mana..?? Umur saya akan berlalu dan saya isi kehidupan saya kosongggg ..!! Hanya utk gembirakan orang lain. Saya susah orang tak peduli dan tak tolong pun. Tak ada beza pun kalau dibuang keluarga atau diterima keluarga..Apa saya dapat hanyalah…
-
Berani Dengan Keputusan… Part 1
Inilah rumah bekas mertua saya kini usang tanpa penghuni. Usia rumah ini sudah menjangkau lebih 50 tahun. Bekas suami dahulu seorang polis hutan selepas berhenti kerja kami tiada tempat tinggal. Dia anak paling disayangi oleh ibu mertua saya. Maka kami pernah menumpang beberapa bulan dirumah ini kerana tidak mampu menyewa rumah. Tahun 1970an mencari pekerjaan sangat susah. Berbagai ikhtiar dicari untuk memulakan kehidupan . Susah menumpang dirumah mertua , apa saja semua tak kena. Tak elok cerita keburukkan tentang orang (saya simpan sebagai iktibar) .. Saya berusaha merubah nasib dan pergi ke Ibu Pejabat Felda untuk memohon menjadi peneroka. Rezeki menyebelahi kami dan diterima sebagai peneroka felda di sempadan Gua…
-
Anak Mati Lemas…
Beberapa gambar yang saya ambil baru-baru ini ( Mei 2014 ) antaranya beberapa lokasi yang banyak nostalgia untuk saya simpan sebagai kenangan. Surau ini masih wujud sama bentuknya dari dulu sampai sekarang. Lokasinya di hadapan kedai usang tempat keluarga saya menyewa yang sudah berusia lebih 45 tahun. Sewaktu musim menuai padi hasil padi dilonggokan disini untuk dijual. Lebih meriah ketika bulan puasa di zaman kanak-kanak ramainya orang menjual air batu ( harga 10 sen dipotong dengan gergaji ) yang ditutup dengan sekam padi. Kunci air ini menyimpan banyak sejarahnya. Sewaktu musim hujan di zaman kanak-kanak saya akan menangkap ikan mengunakan ‘ tangkoi ‘ yang dibuat dari buluh dan jaring ikan.…
-
Kedai Lama Di Parit 13
Disinilah tempat saya bersekolah rendah ( Sek Keb Pt 13 Sg Nibong) dekat dengan hutan dan ditengah-tengahnya sawah padi. Dikampung ini saya melalui zaman kanak-kanak dan segala sejarah kelam bermula disini. Saya berkahwin atas pilihan keluarga iaitu kawan baik kepada mak saya (anak tuan tanah) tempat parent saya menyewa kedai. Saya akui niat baik mereka sebagai ibu bapa merancang terbaik untuk saya demi maruah dan keislaman dengan cara budaya pemahaman mereka. Mereka sangat ketat mengawal anak perempuan yang dianggap menjaga lembu sekandang lebih mudah dari menjaga seorang anak perempuan.Bagi mereka berkahwin diusia muda dianggap sebagai penghormatan yang besar . Bekas suami sudah lama berumah tangga ( ada anak 5 remaja…
-
Masa berubah..Sampai tak kenal..!!
Mereka masih mengenali saya dan ada diantara mereka yang saya tidak cam lagi kerana terlalu lama. Mak cik ini sedaya upaya bercerita supaya saya dapat mengingati siapa dirinya. “ Ita mak cik ni Mak Amad kawan kamu sekolah rendah. Kamu selalu datang rumah makcik makan nipah. Itu Amad dan itu rumah Mak Cik sebelah ni..( sambil menunjukan Amad dan rumahnya ) . Saya hanya boleh ingat wajahnya semasa muda dalam usia 30an. Tinggi dan cantik tak sama dengan apa saya lihat sekarang. Dalam hati kenapa jadi rendah sekali..Mana boleh saya xingat mak cik ini kerana saya meninggalkan kampung ini semasa umur saya 14 tahun. Setelah 36 tahun kami baru dapat…
-
Tasbih Mak Long bercahaya waktu malam.
Sambungan dari stori “ Sg Nibong Selangor , saya dibesarkan” Perjalanan saya teruskan lagi ke Sabak Bernam untuk kerumah Mak Long (Kakak sulung arwah abah) Mak long merupakan insan paling sabar yang saya kagumi. Banyak kisah tauladan yang boleh dijadikan iktibar sepanjang kehidupan saya. Setiap perbuatan pasti ada pembalasan . Buat baik balasan pasti baik begitu jualah sebaliknya sebab itu saya sangat takut kepada kifarah. Kifarah yang terjadi kepada 2 orang lelaki dari keluarga terdekat saya yang kurang siuman dan cacat selepas melawan guru. Seorang lagi hidup merana diusia tuanya kerana sering menengking ibunya semasa remaja kerana masakan yang tidak sedap antara tulisan saya yang akan datang. Inshaallah. Kali ini…
-
Tajuk : Sg Nibong Selangor , saya dibesarkan.
Sayang dan hati selalu berdetik amat rugi saya tidak suka bergambar dan menyimpan gambar2 lama sebagai sejarah.Kesempatan atas urusan kerja kebetulan lalu dan singgah di kampung kelahiran saya Sabak Bernam.Saya tidak melepaskan peluang singgah dirumah lama tempat saya sering bermain-main semasa zaman kanak-2.Alangkah kecewa kerana rumah usang milik arwah nenek saya sudah dirobohkan yang tinggal hanyalah rumah lama ibu saudara saya. Tidak banyak yang berubah tempat ini melainkan kelebaran jalanraya.Inilah parit tempat saya berkubang.Saya tidak pandai berenang hanya dengan berpegang 2 biji kelapa saya sudah merasa sangat seronok kerana dapat mengapungkan diri.Saya pernah dipukul oleh arwah abah saya dengan pelepah kelapa akibat berkubang disini. Saya amat suka memancing dan seperkara…
-
Ramai nak tau APA BEZANYA ST dengan JRM.. ..??
Bila saya menulis dengan blog peribadi ni saya akan menulis dengan mood dan perasaan waktu itu sesuai degan topic yang ingin saya kongsikan. Saya ingin menjawab soalan ramai orang pada saya : Nape produk JRM tak ada dalam ST ..?? ST konsep exclusive butik. Member sekarang hampir 100 ribu orang. Nak create member buat sistem bukan kerja mudah. Lebih banyak kerja bila dapat projek Watson. Syarikat International lagi susah nak melayan kehendak mereka sangat tinggi. Tapi sangat bagus Yati kata, ilmu yang sangat hebat dia dapat belajar secara tak langsung untuk improve dalam pengurusan cara International . Sape nak bagi ilmu hebat macam tu.. free pulak kan maka Yati layan…