Bicara Bonda

Buruk baik jogging dan tak makan nasi

Seingat saya lebih kurang 6 kali saya alami kegemukan sejak dari muda sampai sekarang..!! Pengalaman peribadi saya kongsikan disini sekadar panduan. Saya nak tulis sekali banyak memang tak ada masa. Bosan juga cerita kurus je , ada masa saya selang selikan buat stori hobi saya dan adakalanya saya tulis kesedihan saya. Hakikatnya mata memandang wanita “KURUS ITU NAMPAK MUDA LEBIH MENAWAN”. Betulkan niat kepada “KURUS UNTUK SIHAT TAK NAK BERPENYAKIT”. Jom renung-renungkan apa pendapat saya tentang jogging dan diet makan sayur serta buahan sahaja.

  • Ramai athlet gemuk bila mereka tidak aktif. Semasa mereka aktif metabolisma sudah terbiasa menjadi terlalu tinggi . Bila tidak aktif metabolisma menjadi slow dan penyebab gemuk mendadak.
  • Bersenam dan biasakan diri dengan kesederhanaan untuk mendidik badan supaya tidak terkejut dengan perubahan yang kita buat  untuk kurus . Badan tak akan jadi gemuk mendadak.
  • Makan sayuran dan buah sahaja tanpa makan nasi bagi saya juga satu diet yang keterlaluan. Kesannya pada badan sama macam bersenam keterlaluan yang saya sebut diatas tadi. Bila mereka mengambil nasi atau kabohidrat semula bada seperti alergi kepada nasi. Sanggup ke macam tu..?? Kalau saya tak tahan..ha ha ha
Marisa tinggi 6 kaki.. Berat badan 120kg berjaya melangsingkan badan kepada 60kg.. Mengamalkan tips yang saya berikan iaitu senaman dan produk JRM

Saya bersenam sangat ringkas elepas bersenam sayaakan bersauna selama 7 minit. Ini ialah infra red sauna yang saya gunakan , ia tak merosakan muka ( sbb tak cover muka). Semasa muda pernah saya catit bagaimana saya kuruskan badan . Bagaimana kesannya ubat kurus yang saya buat  serta penerimaan badan terhadap apa amalkan. Saya juga bertanya dengan teman-teman yang gemuk apa cara mereka kurus. Kami mengunakan teori masing2 maklumlah zaman dulu mana ada banyak sumber  macam sekarang seperti majalah internate , pakar nutritionist dan ubat-ubatan kurus.   Ada yang bersenam, makan kacang bila lapar,diet sayur tanpa nasi, yang mana suka makan coklat dan maggi akan berhentikan makanan tersebut..!! Banyak juga teori yg kami praktikan.

Zaman muda saya malas bersenam dan tidak berpantang untuk kurus. Sekadar makan herba ramuan d folia dan  kurangkan kuantiti makanan. Saya boleh menguruskan badan dengan cepat hanya dalam masa sebulan sahaja. Ini kerana system keseluruhan badan tinggi kerana masih muda . Beberapa ini ialah pandangan saya tentang herba dan suplemen.

  • Saya pengamal herba suplemen sejak muda lagi. Saya percaya herba atau suplemen yang saya makan tersimpan didalam badan selama 3 tahun untuk akan datang.
  • Bila badan kuat , sihat , semangat lebih kuat terutamanya wanita selepas bersalin.
  • Suplemen akan berubah kerperluan dan dosage mengikut usia manusia
  • Wanita berusia perlu lebih tinggi formula atau gred suplemen bagi menampung keperluan badan dan kecantikan.
  • Selain suplemen manusia kena gembira kerana jika bersedih suplemen lambat menyerap dalam badan
  • Kegembiraan merangsang badan dan otak terus sihat itu paling penting

Gambar  tretmill2 ..Awas jangan bawa hp semasa bersauna..Saya test 2 kali bosan nak tunggu masa berkurung dalam sauna tu..Memang infra red merosakan cip hp . Saya ada 2 sauna Infra red..Yang cover seluruh badan muka saya akan jadi kering..

Kawan saya yang diet tak makan nasi, terlalu tolak kabohidrat untuk kurus. Kesannya bila mereka makan nasi semula badan akan gemuk dan lebih susah nak kuruskan semula. Macam kena sumpahan pulak..ha ha ha..Kurangkan saja jangan tak makan langsung. Jika kita buat badan drastic sistem badan akan terkejut, itu yang saya sangat percayalah..!! Saya jaga makan tetapi tetap makan nasi , roti , mee dan ubi . tekak melayu mesti ada ubi dan nasi.  Saya tak makan gula – santan- susu pekat manis – air gas – ayam goreng dan semua fast food. Saya takut kencing manis dan tak berbaloi pun makan gula..!! Bahaya makan fast food ada kawan saya yang kejang tak boleh buka tangan sebab banyak sangat makan yang segera segera. Sakitnya pun segera..

One Comment

  • Anie Yat

    Assalamualaikum pn..lama tak.menjengok ke mari..rindu utk membaca catatan puan….anak perempuan saya sdg berusaha utk menguruskan badan…. caranya.. mengurangkan pengambilan karbo dan gula… byk minum air kosong…dan alhamdulillah nampaknya berkesan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!