
Bunga Ros terapi mata…
Saya suka bunga dan saya percaya ramai teman2 FB saya ni juga suka kepada bungakan..!! Jom lah saya nak kongsikan tips dan kajian saya menjaga bunga ni iaitu bunga ros kerdil. Mmg tension tanam bunga ni sbb 90% akan mati dan 10 % akan hidup.. Saya suka cabaran dan kelainan kerana benda ni susah tu saya nak explore.
Kalau setakat bunga kertas saya tak nak lah tanam dan kaji sebab senang dan bersepah dimana2. Jangan percaya pada kedai bunga . Mereka pun tak akan ajar detail malah mereka pun tak tau sangat. Lagi mereka suka kalau kita beli bunga tu cepat mati..cepat pula kita membelinya.. ha ha ha ha..
Spesis ni jarang dijual dimana2 kedai nursery bunga. Kena pelan2 cari.. Saya beli di Kusta Sg Buluh hanya 3 kedai yang menjual bunga ni. Harganya RM 10 sahaja.. Jenisnya pun macam2..ada bunga kecil ada bunga besar.. Kuntumnya juga x sama.. Jenis daun juga tak sama.
Dirumah saya ada dalam 10 ke 12 pasu bunga ros kerdil ni. Saya belikan 1 pasu besar leper dan saya letakkan dalam pasu besar tu 3 atau 4 pasu bunga ros yang saya beli supaya nampak rimbun dan cantik. Sifat bunga ni dan cara jaga bunga Ros ni :
- Pokok ini masa beli tingginya dalam 5 ke 6 inci je..
- Ia akan tinggi selepas kita tanam dalam 1 ½ kaki sahaja dan akan membiak ketepi.
- Masa tanam kena bagi ruang lah jangan sempit sangat..
- Pokok ni tak boleh air banyak. Siram seminggu 2 atau 3 kali sahaja.
- Tanam bunga ni tak boleh direct matahari ya..!!
- Seeloknya 30% matahari pagi sahaja.
- Jangan tanam pada kawasan luar tanpa bumbung. Wajib ada bumbung untuk elak hujan
- Air hujan akan mempercepatkan bunga mati
- Sewaktu bunga ros kerdil berbunga jangan siram kena bunga. Dia akan lebam
- Siram hanya ditanah sahaja
- Bila dia habis berbunga daun akan ikut luruh.
- Potong semua dahan yang bunganya dah layu
- Tujuannya untuk memudahkan tunas baru keluar /pokok lebih sihat/rimbun
- Baja sebulan 2 kali . Campurkan baja bunga dan baja daun sekali..
- Nama baja daun ialah super 63 dan baja bunga namanya baja serba jadi
- Cara bancuhan baja 1 sudu besar bersamaan 4.5 liter air..
- Masa awal2 tanam lepas 10 hati akan ada yang mati

Tempoh awal tu paling kena jaga kerana perubahan cuaca , tuan yang jaganya juga mainkan peranan..!! Kalau anda kerumah saya pasti suka melihat tanam-2an saya ..Rumah ku kebun ku..
Saya sangat percaya kesihatan dan kecantikan bermula dari pandangan mata dan ketenangan hati. Orang yang bermain dengan alam , pokok2 lebih sihat mental dan organnya.. Melihat makcik2 tua berkebun bunga dan sayur umur 90 tahun masih sihat yanpa penyakit , kuat berkebun( memanglah berkedut dah lebih dari warga emas usianya )..Yang penting sihat itu yang saya nak tiru..!!! JOM KITA BERKEBUN..

9 Comments
siti hajar
bestnye…bila la dapat datang rumah puan… 😉
saya sangat suka bunga ros..thanks atas perkongsian ne..insyaallah nnt nak try tanam..
love u
Anie Yat
Tangan puan rozita kata mat salleh ‘green fingers’
Tanamlah apa saja pasti menjadi… saya suka sgt tgk pasu2 tanaman herba pn … teringin ada koleksi pokok herba mcm tu
irfa
nama saya sempena nama bunga tu, hihi
Las Vegas Kitchen Appliance Service
Hey there, Yoou have done an incrediblke job.
I’ll definitely digg it and personally recommend to my friends.
I am confident they wilpl bbe benefited from tbis site.
Las Vegas Microwave Repairman
I almost never leave a response, however i did a few searching aand wound up here Buga Ros terapi
mata
simply click the up coming internet site
Hello there, just became alert to your blog through Google, and
found that it is truly informative. I am gonna watch out
for brussels. I’ll appreciate if you continue this in future.
Many people will be benefited from your writing. Cheers!
Faridah
As Salam Puan saya suka rose. Cantiknya hiasan rumah puan.
jamuratu malaya
Wasalam..Sy suka juga tapi nak jaga susah sbb iklim dn cara kita siram membaja…Kalau x betul mati
Flower Delivery Kuala Lumpur
really nice post and pictures of flowers thank you for sharing it with us !!