Biodata Bonda

Beg Guangzhou – Beg tangan inilah yang berharga RM250…

beg-jrm

Beg Guangzhou – Beg tangan inilah yang berharga RM250 – menjadi isu hangat di internet. Ha.. ha.. ha.. Kecoh.. Tak ada yang kena, niat saya bercerita perkara betul untuk dijadikan iktibar, orang kutuk juga. Orang tak suka!

Saya tak malu sedikit pun mengaku asal saya yang tiada pelajaran dan penoreh getah. Kalau dah itu sejarah hidup saya, tak kan saya nak beli status doctor kot! hanya semata-mata nak dipandang mulia disamping nak lariskan produk jenama saya.

Prinsip saya jelas: Saya mampu beli darjat jika untuk ada nama agar dihormati dan disanjungi. Saya tak mahu menipu orang apalagi diri sendiri.. ia kelihatan seperti syok sendiri, bodoh dan memalukan. Kita tahu siapa diri kita sebenar. Tapi lain orang lain pula lah niat dan caranya. Jari pun tak sama ukurannya. Ibu yang melahirkan 8 orang anak pun tak kan sama rupa paras, akhlak dan rezeki setiap anak-anaknya. Yang jelas duit tak boleh beli Iman – mak dan ayah..!! Iman kena cari. Mak ayah tak ada gantinya di dunia ini!

Saya tak kisah apa orang kata.. saya suka Rozita yang dulu. .saya sendiri tak percaya pada diri sendiri..!! Duit dan darjat boleh ubah manusia sekelip mata.. Masa saya niaga nasi lemak dan jual kurma ditepi jalan sebelum Sendayu Tinggi dikenali, saya pernah terfikir adakah saya lupa asal usul saya dan niat sebenar saya dalam mengejar erti kehidupan.

Aku nak dipandang sebagai manusia berdarjat atau sebagai manusia yang menjalani matlamat.. Apakah Kemewahan akan menukar sikap sebenar saya dengan riak bila berkereta mewah, ada status, makan pun di hotel 5 bintang.. Aristokrat lah kata kan.. Masa tu juga saya ketawa terbahak–bahak sorang-sorang. Wajib ke lambang kejayaan tu sebab nak darjat dan riak…?? Macam monyet lah pulak rasanya! kata orang tua-tua.. Monyet dapat bunga..!!

Banyak juga kenalan saya yang hartawan kutuk saya dibelakang.. “Rozita tu kolot, tak tau fesyen, pakai baju, hand bag dan kasut murah tak berjenama.. tak campur orang.. tak reti ke majlis.. terperuk kat rumah.. sombong.. tiba-tiba je pakai purdah.. kesian lah dia tu tak reti nikmati hidup.. ke London Paris pun tak pernah pergi. Niaga dah lama takda makna hidup ni”

Saya bukan wanita terbaik, jauh sangat dari sifat sempurna. Namanya pun manusia. Blog peribadi ringkasan dari buku sejarah hidup saya yang dalam proses penulisan. Bila umur melangkah 50 tahun saya tahu saya sudah dekat kepada kematian. Maka saya ingin meninggalkan kenangan hidup saya kepada orang yang masih hidup. Banyak cerita sedih dan penderaan yang saya lalui sebagai iktibar pada anak-anak saya.. itupun kalau anak-anak nak pakailah..!! atau mungkin berguna kepada orang lain yang ingin merawat jiwanya

4 Comments

  • nurul jannah ibrahim

    Salam puan rozita ibrahim.
    Sy suka baca kisah hdup puan dan saya nk jdkn puan sbgai idola hdup sy.
    Dr dlu sy ikuti kisah2 hidup puan.sy bersyukur kerana puan rozita sudi menulis coretan hidup puan yg boleh dijadikan sepadan dan tauladan.cth yg sgt baik. Sy juga pernah bkerja dr bwh.sbgai promoter hingga ke pangkat manager.sy juga suka berniaga.sy juga pernah diaiaya oleh majikan.dan kisah2 puan..mmg membakar smangat sy utk membuka bisnes.sy akn tunjukkn pd ex bos sy.org yg jujur dan ikhlas adalah org yg mampu berjaya.terima kasih puan rozita.harap puan coretkn lg kisah2 puan.dan klu blh.kongsikn tips bgaimana wanita diluar sana berniaga dgn modal yg kecil.terima kasih ya puan.assamualaikum

  • shikin

    Assalammualaikum pn rozita. Saya mendoakan agar ita sentiasa dilindungi dn dberi kesihatan yg baik hidup aman bahagia hingga ke jannah.

    Kita kenalan lama. Mgkn msh ingat lg. Seangkatan masa zaman abg gie dulu… (masa sessi photo diperak dulu hihihi..)

    Harap ita terus maju jaya dlm apa jua lapangan dn dpermudahkn segala urusan.
    Aamiinn..

    Good luck my fren.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!