Bapa tak puasa sorok2 makan dalam tandas..
Assalamualaikum kpd pembaca blog sy sudi singgah sebentar menjengah sy di sini.. Terima kasih kerana sudi membacanya..
Sy sedar sendiri tulisan sy ni jauh sgt dri kesempurnaan dan bukan ahli ilmu pulak tu.. Bila ada yg sudi baca berbunga2 seronok sbb x sia2.. Orang zaman sekarang ada blog sy pun kena ikut jugalah, gitu lerr..
Tulisan sy pada kali ni ttg pengalaman menarik menjadi iktibar pd sy dibulan puasa.. Anak kecil yg sangat baik rajin dn pandai berniaga mampu membuka kesedaran si ayah utk berpuasa..
Pengalaman ni sy x boleh lupa kerana x sangka sembang2 tu selain menyedarkan si Ayah ia sgt menyentuh hati sy banyak nilai murni berkasih sayang dn mendoakan kebaikan orang lain.. Ni kan pulak ibu bapa kita.!!
Kisah ni semasa sy bekerja di syarikat hartanah, sy menguruskan penyewa2 lot dipusat membeli belah yg 80% penyewanya orang Melayu.
Kemeriahan dan kesibukan pasti melebihi semasa bulan Ramadan, penyewa sibuk sekali dn sangat memenatkan nampaknya. Ekonomi Malaysia tahun 1993 hingga 1996 sangat bagus waktu tu..
Ada seorang penyewa menggelarkan dirinya Abang Don (contoh nama) Dia sangat baik akhlak dan peramah. Umurnya di sekitar lewat 40an. Bagi sy selayaknya dia menjadi peniaga kerana pandai menarik pelanggan ke kedainya.
Dia senang menyapa dn bercerita apa saja dgn sy dan sy pulak senang hati tersenyum melihat keletahnya. Ada masa dia bersajak, menyanyi semasa berniaga mungkin dan cara itu dia caj dirinya lebih bersemangat. .
Kesibukan Abang ni berniaga pada bulan puasa dan akan dibawanya anak lelaki yg berusia 10 tahun membantunya berniaga terutamanya hari minggu atau cuti sekolah. (nampak muka budak tu sgt baik lembut bahasa melayani pelanggan)
Abang ni jujur dalam apa saja yg diperkatakan, dn melihatkan akhlak anaknya sy teringin berkenalan dgn anak ni..
Mulanya sy bersembang dgn Abang tu..,
Abg : Abang kan Ta kalau bulan puasa x tahan, Abang minta maaf lah nak bagi tau kat Ita ni, abang x puasa. Penat sangat Cik Ita oiii berdiri lama sbb orang ramai kan..!! Abang seorang cari makan.. Masa ni lah abang nak cari rezeki lebih. Tak boleh kalau x makan x da tenaga.
Sy : Alasan jer abang ni, Abang niaga dalam Mall Bang, x panas pun, x berat pun bang barang2 abang niagakan ni.. Selama ni Abang mmg x pernah puasa ke atau baru tahun ni jer.. (kami selalu bergurau sbb tu sy berani cakap direct dgn dia)..
Abg : Ya x pernah puasa ta sejak niaga.. (selamba pulak dia menjawab dalam hati sy bingung macam mana mudahnya dia x puasa.. Seronok ke bulan puasa x puasa kita kan Islam)..
Sy : Abang, Abanggg xsedar sbb apa Allah bagi free dn Allah x nampak? Dosa pahala x nampak kalau nampak semua org takut Allah termasuk lah sy ni pun..!! Abang rasa semua usaha dn rezeki ni abang buat..
Rezeki Allah bagi sgt lebih pd Abang dn sepatutnya Abang sedar dan balas kebaikan Allah. Abang jd lebih bersyukur dn taat pd Allah dgn berpuasa, Hisshh abang dh tua lah, malu pd umur dan anak2.. Habis abang makan kat mana ni, beli kat mana makanan..??.. (Sy mmg marah dn benci lelaki x puasa sebenarnya)
Abg : Abang makan kat tandas, menyorok2 lah.. Abang beli kat kedai mamak..
Sy : Ya Allah Abg x geli ke..?? kalau sy rela puasa dri makan tau..!! (Sy membebel) dah lah makan dalam tandas.. Tu tempat najis bang kat situ pulak abang makan.. (Abang tu ketawa dgn bebelan sy).. Sesuai sgt Allah tempatkan Abang makan dalam tandas..
Issh x takut ke dalam perut Abang nanti isinya api neraka Allah bang.. Insaf lah bang, Abg ni baik sgt orgnya, maaf tau bang sy bebel..
Abg : Ehh x pa abang suka ko bebel kebaikan apa..!! lapar lah Ta, betul2 abang x tahan, mana lagi Port Abg nak makan tandas jer selamat.. Kalau kena tangkap malu Ta makan bulan puasa. Elehhh Ta bukan Abg saja buat macam tu, ramai lah Ta.. (dalam hati sy tau pulak malu kalau kena tangkap.. Malu pd manusia jer x malu pd Allah sbb Allah x nampak)
Sy : Jadi Abang setuju lah dgn apa mereka yg lain buat.. x puasa menyorok makan dalam tandas. Abang lelaki lah, sifat lelaki kuat dn memimpin.. Abang x malu ke..?? Isteri Abang tau x yg Abang x puasa ni??
Abg : Eiiii mana boleh tau, malu lah Abang kan suami kena jadi contoh pada anak bini.. Apa lah ko ni Ta.. (ketawa besar dia dgn soalan sy)
Sy : Abang berlakunkan kononnya sgt x lesu x berdaya sbb berpuasa dan kerja yg penat sebagai bukti “Bapa mitahli” pada anak bini Abang gitu yer bang?? ..
Abg : Yer lah wajib macam tu “Bapak contoh yg x berapa contoh”..
Sy : Anak abang ni puasa x tolong abang ni..?? Ke sama macam Abg sama2 ke tandas Port makan.. (kami sama2 ketawa, dan sy sambil memanggil anaknya nak sembang)..
Abg : Anak abang puasa lah, mana boleh tau tembelang abang.. Anak Abang ni bagus tau Ta, solat puasa x tinggal tau..
Sy : Untung Abang dapat anak yg membawa ayahnya ke shurga.. Ayahnya bagaimana..??
Abg : Soon as possible.. (Ketawa terbahak2 abang bergurau dgn sy)..
Sy : Adik penat tak bantu Abah niaga, Akak nampak adik suka niagakan.. Puasa ada tinggal x.??
Adik : Puasa kak xda tinggal lagi.. Penat kak niaga lagi2 bulan puasa, sy suka niaga dapat bantu Abah. Abah cari belanja utk kami sekolah kan kami..
Abah masa puasa lesu sgt sbb penat kalau sy x tolong Abah ni sape nak tolong.. Kesian sbb abah dah tua.. (Dia peramah seperti ayahnya.. Abahnya mendengarkan perbualan sy dgn anaknya)..
Sy : MasyaAllah Adik hebatnya anak ni, bertuah Abah kamu dn pandai Ibu Ayahnya mendidik.. Adik besar nanti nak niaga macam abah juga ke..??.. Adik sayang Abah macam mana dalam hati tu.. Akak nak tau boleh..??
(Sy sangat tersentuh hati dan Abg tu pulak sayu berubah air mukanya mendengarkan jawapan anaknya)..
Adik : Kalau berjaya sekolah nak masuk Universiti, Abah suruh belajar pandai2.. Niaga ni rupanya banyak kena tahan hati dn kena kuat semangat itu yg sy rasa dan lihat pada Abah..
Mestilah sayang pada abah sbb bapa kami.. Rasa kesian sgt pd Abah.. Bila tolong ni sy lebih menghargai apa Abah dah bagi pada kami.. Makan pakai dan selalu didik yg baik2 pada kami.. Ttg Islam dan ibadah x kan sy sia2kan pesan abah pada sy..
Sy pun nak beredar utk tugasan lain dn sy sempatkan bebel ending pd abang “Abang Allah sayang Abang dn dihantarkan anak yg baik ini sebagai teguran pd Abang..”
Jika anak kecil berpuasa berbakti pd ayahnya ni kan pulak si Ayah yg dah dewasa matang x kan lah x mahu berbuat baik pd Allah yg dah banyak bagi nikkmat pd Abang.
Jika anak ada kesedaran kenapa Abah tidak ada.. Esok abang puasa ya, malu pd anak abang yg mendoakan kebaikan dan patuh taat mendengar segala didikan baik yg abg beri padanya..
Menariknya sy belajar dri pengalaman ini ialah nikmat berkasih sayang yg mampu menyedarkan si Abah..
Nilai murni dn keikhlasan antara ayah dn anaknya sehingga terbit semangat “Abah berpuasa dengan memulakan hijrah diri dgn malu dan sayang pd anaknya..” Akhirnya hijrah diri malu dn terus mencari cinta Allah.
3 Comments
Nora
Subhanallah..Allah pilih puan sbg asbab utk menegur ayah ni hingga dia terbuka hati nk berubah. Besar pahala puan. Apalagi bila berkongsi ilmu dan org amalkan. Smoga saya pun dpt jd org yg bermanfaat kpd org lain
nurul
ALLAH hadirkan seseorang kpd kita bukan hanya sia2..semuanya bersebab,,
jika bukan kita yg merubah dia..mungkin dia yg merubah kita…terima kasih puan atas perkogsian…
hanim
Assalam Puan..sudilah berkongsi menu berbuka puan sekeluarga..tq