Banyak petua niaga sy belajar dr kesusahan hidup : Dugaan Nooraini : Part 33
Selepas mengira hasil jualan semalam sy mengambil Rm 50 sebagai simpanan atau sy anggap sebagai upah kerja sehari. RM 10 buat makan kami, Selebihnya buat pusingan modal niaga..
Sy sgt disiplin bab duit .Kalau x jaga nanti kerja xnampak apa. Sy akan simpan buat hiburan mata tengok buku akaun atau beli emas.. Style org dulu2 lah. Esok ex suami akan menoreh getah pagi2 macam biasa, dan sy akan ke pekan lagi mencari bahan rokok..
Berniaga kecil2an x sepenat menoreh getah 20 ekar.. Tapi ada kala jualan habis..Berbaloi dapat lah untungnya. Kalau x habis akan makan modal..Pusing2 dikira2 niaga kecil2 ni nak kaya susah.. Setakat lepas makan je..
Kerja sendiri atau niaga ke tetap ada risikonya…”Nak susah x susah , nak senang x senang”.. Kalau noreh getah sy x perlu takut modal, badan je lalu x lalu nak kerja.. hanya tenaga je kan..!!
Hari ni sy nak niaga rokok dan kuih lagi, dan sy tinggalkan anak2 dirumah seawal pagi sama macam org nak pergi menoreh getah.. Berkabus dan sejuk sekali.. Sy tiba awal di pasar dn melihat cina2 pasar sibuk menyusun2 ikan sayur..

Sy deal dgn Alex kali ni lebih banyak rokok dn siap beli stok extra.. Supaya nak jimatkan kos minyak. Supaya esok sy x ke pekan lagi. Malas…!! Rokok senang jual dan x busuk. Biasanya rokok gudang garam merah, paling laku & rokok kretek.. Kalau Indon byk lebih duitnya akan pilih dan Dji Sam Soe sbb lebih mahal.. (lupalah ejaan, halal jelah ya) ..
Sy balik awal sampai dirumah dalam jam 9.30am. Bagus sekali anak2 masih tidur lagi.. Sy bersiap awal masak tengahari dan kemas rumah cepat2.. Bila anak2 bangun terus makan dan bersarapan.. Lepas tu sy bersiap pula nak masak utk berjualan di petang hari.. Sy buat cekodok bawang/ikan bilis pula kali ni., Saja nak try test lain pulak.. Cucur badak x berapa laku semalam. .
Berbeza mood sy dulu masa sebelum noreh getah dgn mood sy berjualan goreng pisang dgn sekarang. Sy lebih mengkaji bukan setakat mahukan duit sebagai pulangnya.. Sy mahu lebih dari itu.. Memasang strategy lebih besar.. Jam 1.00 tgh hari ex suami balik ke rumah dari kebun getah dan makan tgahri.. Berehat dalam sejam lepas tu dia terus start moto nak berjualan (sy dah siapkan semuanya)..
Jam 5 atau 6 adalah jawapan bagi sy yg mmg berjiwa ushawan sejak kecil lagi.. Sikap sy yg suka menganalisa semua di sekeliling sy.., dan bagi sy setiap hari yg berlaku tu adalah R&D.. (research and development atau kajian)…
Pulangnya ex suami dr jualan tu… SubhanAllah. seronok sampai x kancing bibir senyum.. Semua yg dibawa utk jualan licin terjual., Cokodok bawang.. Stok rokok standby pun habis.. Malah banyak sy dapat order yg baru. Cuma ada komplen dari org Indon, Kalau buat cokodok bilis yg mereka panggil “bakwan” mesti ada ulamnya cili api. Jika di Indon mereka buat bukan ikan bilis tapi taugeh atau karot..
Kesokannya sy melakukan perkara sama ke pasar dan membeli stok barang niaga.. Sy tarik lebih banyak duit utk simpanan sehari. Kini jadi RM 100 sekali ambik ni..Rokok pembuka jalan niaga utk sy menjadi lebih besar.. Kali ni sy beli cili api sekilo..
Rutin sama sy lakukan dgn semalam. Semuanya lebih teratur dan kemas pegerakan kerja sy.. Merancang kerja dari awal mmg menyeronokan sy.. Sy siapkan barang jualan dn hari ke-3 ni lebih banyak stok dibandingkan 2 hari lepas kerana kata ex suami.. Dia x masuk semua kongsi kerana jualan cepat habis..
Sy sudah melihat potensi, sy perlu beli bakul besar dan sy nak jual ikan, pulak lepas ni.. Tapi bukan sekarang.. Sy kena tahu pusingan jalan setiap kongsi2 indonesia melalui ex suami.. Sy mahu buat jadual pusingan kongsi Indon kerana sy x mahu ex suami bawa balik sebarang stok. Sekali jual mesti habis semua..
Sy kena plan bukan setakat yakin boleh menjual..!! Sebelum sy jual ikan sayur sy kena buat kajian dulu..Takut sy modal besar pulangan x seberapa.. Hari ni sy bekalkan ayat2 yg mesti ex suami tanya kan utk sy..
- Gaji bila dan berapa anggaran sebulan
- Majikan bagi stok makanan x
- Apa makanan yg mereka perlukan
- Mereka sering ke pekan x
Masa menunggu ex suami sy pulang berjual tu sy mengemaskan kebun dan mencari bahan dari tanaman kami.. Semasa sy x berniaga berapa minggu sy lihat jiran x sibuk nak mengintai..!
Sejak 3 hari ni sy melihat banyak suri rumah berlonggok meeting lah tu.. Pedulikan mereka kata apa pun tentang sy, begitulah pujuk hati. Kesibukan sy keluar subuh ke pasar x lama lagi akan ada kecohnya. Apa ayat sy nanti kan je. Suami noreh sy mesti berskandal.. ha ha ha..Meriah umpatan..
Kali ni ex suami balik, eloklah mesyuarat wanita berlonggok tu akan lebih hangat melihat kami memunggah barang2 naik ke rumah. Sy senyap tanpa suara kecuali sekali sekala menegur anak2..
Pendapatan makin serius sgt banyak.. Habis semuanya dan sy sudah jumpa kunci niaga nampaknya..!! Cili ulam pun terjual habis.. Soalan reseach sy terjawab :
- Gaji 3 bulan sekali/Pinjaman sebulan 2 kali.. Adakala baki sikit sgt potongan banyak sebb hutang makan dn rokok dgn bos
- Majikan bagi stok makanan dikira hutang.Harganya sgt mahal sampai 3 kali ganda. Rokok juga dibagi hutang..
- Makanan yg mereka perlukan ialah cili, kobis, kacang panjang. Tahu tempe.. Ayam dan daging sekali sekala.
- Mereka x ke Pekan kerana takut ditangkap polis..
Disini sy sudah ada jawaban besar utk mulakan bisnes.. Sy akan beli raga rotan yg besar nak menjual lebih banyak barang2.. Sy berhajat akan buka kedai runcit kecil2an akan datang..
Alex nampak senang berurusan dgn sy yg sgt agresif semakin hari belian sy semakin banyak..

25 Comments
kakciks
Makin seronok kakcik baca catatan Puan. Walaupun tak lagi selalu tinggalkan komen, tapi kakcik tetap singgah membaca… 🙂
jamuratu malaya
Assallamualaikum kak cik…
Sy faham, kak cik terimaksih buat sy gembira..Sudi komen kat sy..
ninazaimie
Suka baca blog puan…kdg2 sampai tertunggu2 bila lama puan x mnulis..
jamuratu malaya
Cik Nina Zaimie..Alhamdullilah cik komen..gembira sy baca cik komen..walaupun cerita kampungan cik sudi juga baca..Terimaksih ya
nera azlin
assalamualaikum puan….sgt2 menjadi inspirasi saya….tulisan yg jujur
jamuratu malaya
Nera azlin..Curilah semangat sy..jika ia boleh membantu.Amen
nera azlin
assalamualaikum puan….sgt2 menjadi inspirasi saya….tulisan yg jujur,teruskan berkarya
jamuratu malaya
Cik Nera Azlin..
Subahallah..sekadar berkongsi kisah silam..Kesian tengok org nak niaga ..bukan mudah nak berjaya..kerana sepanjang hidup sy ..banyak kali juga gagal
yani
sgt memberi inspirasi…makin syok sy baca.
jamuratu malaya
AssallamualaiKum cik Yani., terimaksih komen..
banyak pelajar u nak interview..sy rasa penulisan pelan2 kisah lama2 sy ni banyak mendidik kalau org ada maslah nk niaga ..atau lemah jiwa..lebih2 lagi bab kawin..sbb pengalaman sy kaya dgn masalah tekanan perkahwinan dn kewangan..lebih2 lagi lepas perkahwinan ke2..Sgt mencabar..sy x boleh kemudi jiwa..sampai pernah nak bunuh diri..sbb sy xda kawan..bila kenang2 balik bodoh sgt..dn sy menulis ni sy nak wanita terus maju dgn mulakan semangat sendiri utk bangun. .tanpa harap sokongan org lain. .
hani
Salam, pn terima kasih atas pengkosian cerita puan. Setiap hari sya tgu cerita drp puan. Semuanya sgt mbri inspirasi dan penuh dgn pengajaran. Terima kasih pn.
jamuratu malaya
Cik Hani..,
Terimaksih sebanyak2nya..komen yg membahagiakan..sy menulis sbb sy sayang kan semua wanita..wanita ni pendokong umah
baayah
Teruskan menulis kerana banyak info yang sangat berguna. Mudah2an tulisan puan dpt membina keyakinan wanita diluar yang terbelengu dgn pelbagai masalah ! Puan telah berada ditahap sekarang setelah melalui ranjau yang sangat sukar! Semoga Allah memberkati kehidupan puan dan keluarga.
jamuratu malaya
Puan baayah..
Insyaallah. .terimaksih juga bagi semnagat pada sy
puan zhy
terbaik… dalam banyak blog… blog ini banyak memberi kesedaran pada saya. terima kasih puan…
ummiayim
Salam puan,
Teruskan menulis ….amat berharga pengalaman tersebut untuk panduan ramai wanita di luar sana.
Terima kasih sudi berkongsi ilmu walaupun sudah berada di puncak kejayaan.
jamuratu malaya
Puan zhy..
MASYAALLAH…sy x tau nak reply bagaimana..sy menulis berterabur puan oii..xlayak pun dapat pujian gini..
Kalau puan kata terbaik sy cuma boleh kata Alhamdullilah. .
liely
Bangga dgn puan
jamuratu malaya
Assallamualaikum liely..
Xda apa istimewa sy ..sakit tu Allah nak didik dn kita lebih mensyukuri nikmat Allah
as dila
Assalammualaikum pn rozita!
Seronok bace blog pn.
Sgt memberi inspirasi kt golongn wanita muda seperti saye ni yg mahu berjuang dlm bisnes.
Saye nak jadi mcm puan..seorang
Usahawan Wanita yg bijak,cantik,beriman dan dermawan!
Luv u pn rozita!
Lots of luv.
=D
jamuratu malaya
Assallamualaikum As Dila
Insyaallah akan ada jalan jika rajin dn x mengalah…Banyakan berdoa semoga rezeki yg dapat berkat..
as dila
Ameen ameen ya rab!
Puan doakan saye jadi jutawan dunia akhirat ya!
Luv u mama rozita! ^_^
ekin
Seorang wanita yg berjiwa kental. Puan mengingatkan saya kepada arwah ibu.Seorang wanita yg kuat semangat dan tidak mempedulikan tohmahan orang sekeliling terhadap diri nya. Terus berusaha utk memperbaiki ekonomi keluarga.Tidak berharap kepada sesiapa.Saya cuba mengikuti caranya tetapi saya mengaku saya tak sekuat dia….
jamuratu malaya
Ekin, anak atau adik beradik pun x semestinya boleh ikut jejak ibu bapanya..sama ada mereka makin baik atau makin kurang. .kasih ibu sentiasa mahukan anaknya menang
GokuSuperSaiya
asallamuallaikum bonda, siapa cerdik masih boleh tiruvasi teknik niaga ni. teknik niaga ni xrugi validate. siapa rajin dia dapat.