Dugaan Nooraini

Anak tersepit zip seluar.. Dugaan Nooraini : Part 67

Anak2 tidur lena sekali sedangkan sy masih x dapat melelapkan mata kerana sedih bingung memikirkan perjalanan hidup kami yg akan melalui fasa lebih meruncingkan.. Ex suami x berani menegur atau bertanya lagi selepas sy membebel tadi, mungkin dia x mahu merumitkan lagi ketegangan fikiran sy. Sy sangka baik sbb myb dia x suka sy stress sehingga bersambung leteran rumah bersepah senja tadi berpanjangan agaknya..!!

Sy datang mendekatinya utk berbincang percaturan hidup kami yg seterusnya. Bukan suatu yg indah dibincangkan tp sakit untuk diperkatakan. Malah ia akan lebih perit melaluinya selepas cerita ini kerana melibatkan anak2 yg masih kecil..

Sy        : Sebenarnya sy dah dapat kerja kilang. Gaji kat sana x banyak. Gaji sy dapat tu mmg x mampu nak menampung hidup kita sekeluarga disana. RM350 nak makan je yg lepas..!! Serba x kena hidup kat sini.. Kalau tunggu sini niaga mmg parah sangat… x da org nak membeli. Lama2 makan modal lagi susah.

Sy nak suruh kamu kerja ke sana cari kerja.. Tp kamu pulak x da sedara di KL yg boleh tumpang duduk. Serba salah sy nak buat keputusan ni.., ditinggalkan anak2 kecil lagi..!! Mulut org bercakap sy ni jahat.. semuanya xda baik.. Sy x tahan duduk sini lagi tertekan sgt. Nak tinggalkan anak2 lah sy jadi berat hati.. Mereka perlukan sy sebenarnya lebih dri mereka perlukan awak..

Org felda ni pandang buruk dgn sy dan sy x tau nak cari sumber kawangan macam mana lagi di sini.. Nak harap kan awak mmg xkan ada yg akan berubah.. Tunggu lagi sampai ke mati senyum, dan tunggu nasib apa akan datang..!!.. (panjang lebar sy meluahkan rasa hati sy bab mencari rezeki)

Ex        : Sy tau kamu ni pandai, baik sbb tu sy percaya.. Kalau itu terbaik buat jer lah. Ada peluang kita pindah sama2. Sy jaga anak kat sini dulu. Kamu kerja lah.. (itulah sikapnya yg akur x suka kecoh.. tanpa pendapat.. tanpa bantahan)

Sy        : Sebetulnya sy pun x yakin dgn peluang hidup atau cari rezeki kat sana. Sy juga x suka menumpang di rumah sedara. Kalau sy ni org kaya semua org suka nak tumpangkan ni yg menumpang org fakir. Benci lah org lama2 tengok muka sy ni.. Baik macam mana pun sy tetap keji dan buruk dimata org..

Tp lebih baik pergi dri duduk kat sini. Kena nekad sy ni. Walaupun pedihhh sgt nak tinggalkan anak2 masih kecik.. Sy lah nampaknya kena buat dulu. Sy minta awak tu ubah lah perangai. Rajin tegas dan kena pandai didik anak. Nanti dia besar biar dia tahu bezakan mana buruk baiknya.

Ex        : Budak2 x berakal biarlah dia. Janji x luka berdarah sudahlah.. Sy x pandai nak marah2. Biarlah kamu sorang yg didik mereka.

Sy        : Apa awak ingat semua benda sy kena buat..?? (dah mula sy nak marah.. lepas tu sy kesian dan coolkan tonasi suara sy. Cepat sy alih topik sbb kesian sy akan pergi lagi).. Awak jangan lupa kalau nak cepat pindah kena jual kedai dengan Masdar tu.. Kalau ada peluang pergilah berkerja apa2 yg boleh. xkan sy jer cari duit dan berubah lah jangan bagi alasan anak xda sape nak jaga.. Anak2 tu pergilah letak rumak Mak Cik sebelah sementara kamu keluar kerja. Xkan nak duduk saja2 kat rumah..

Selesai bersembang malam tu, sy bersiap didapur masak utk menyiapkan makanan sarapan dan bekal buat kami esok hari, sy nak menoreh getah kerana takut Felda akan ambil tindakan. Maklumlah dah lebih sebulan kami xda menghantar sebarang hasil getah dihantar di PMG.

Esok subuh2 sy mengerakkan Yati “Mak pergi noreh kejap jer , Mak dah siapkan makanan dn mak akan balik awal.. Yati jaga adik ya”.. Selesai berpesan kami pergi terus ke kebun.. Berkabus dan sejuk sekali sambil menyedut udara segar yg bersih, pemandangan bukit bakau yg cantik sekali. Sy menoreh laju maklumlah badan rasa kuat bertenaga sbb dah lama sgt x ke kebun.

Dalam jam 10am sy berhenti makan alas perut sekejap.. Tiba2 datang seorang peneroka lelaki menaiki motor mendekati sy.. Macam benda berat nak disampaikan… ”Ita anak ko si Anten tercepit zip seluarnya kena meniknya, meraung menangis lama dah tu.. Ada kat rumah jiran sebelah Mak Cik sebelah rumah ko tu. Dia x berani nak buat apa2. Tu minta panggil kan ko balik“..

Sy mendengar dgn terkejut ketakutan. Namanya pun anak, hati ibu mana yg x takut jika anaknya cedera “Terima kasih lah bagi tau, sy akan balik sekarang juga“.. Lelaki tu terus beredar selepas menyampaikan kabaran. Sy menjerit memanggil ex suami yg berada di bawah bukit supaya naik.. dalam 10 minit menunggu ex suami dia muncul dari bawah dn sy memberitahu kejadian yg berlaku, bergegas kami balik..

Ya Allah ada saja kemalangan, bagaimana kalau kejadian lain yg lebih buruk semasa sy xda di rumah nanti. Saat tu perasaan nak cepat sampai. Rasa kalau boleh nak terbang supaya cepat sampai ke rumah nak lihat apa keadaan si Anten.. Sampai jer diperkarangan rumah mak Cik, sy terus meloncat turun dri motor berlari menuju kepada Anten yg dalam pangkuan Mak Cik jiran sebelah.

Yati menangis teresak2 ketakutan mungkin sangka Yati Anten akan berdarah parah macam kes Ani kena zink penyenduk sampah. Maklumlah Anten meraung over sekali (rasa macam nak masukan cili pun ada masa tu ke mulut Anten yg luas sekali masa meraung).. Ani senyap duduk memerhatikan bersebelahan Yati.

Sy        : Macam mana Lek (M Cik bahasa jawa) Anten jadi macam ni.?

Lek      : Anak kamu semua main2 dgn anak aku kat bawah ni (bawah rumah dekat pokok nangka), lepas tu Anten kata nak kencing. Masuk lah dia ke tandas.. Lepas kencing tu dia menjerit2 sakit.. Aku datang lah tengok ingatkan bergaduh.. Aku tanya napa nangis.. menik tersepit zip.. Aku takut nak buat apa2 (sy ambil Anten dan melihat zip yg menyepit meniknya tu..)

Sy        : Ni kena bawa hospital terus sunat agaknya ye lek (panic sambil senyum).. Sy x pernah ada anak lelaki x tau lek.. Ada x ikhtiar lain lain nak lepaskan zip tu kena kulit meniknya tu lek ..

Lek      : Ntah lah Ta.. Aku takut nak buat..

Sy        : Lek minta tolong lek ambikan gunting dan minyak kelapa.. (sy mengarahkan anak2 lek dn anak sy mengerumuni sy).. Ishhh semak lah pergi sana semua.. Susah kak Ita nak buat kerja.. tepi dulu..!!

Geramnya makin nyaring Anten menangis sangkanya sy akan potong meniknya hidup2 dgn zip bila sy memegang gunting. Sy ni semangat keras dn x panic sbb x nampak darah atau kecederaan berat. Sy ikhtiarkan dgn mengunting seluar yg dipakai Anten supaya x berat bebanan pd menik. Sy pelan2 melumur minyak agar zip tu lucut..

Selepas 30 minit masih x berjaya. Anten lembik menangis.. Aduhai kes menik lah pulak nak ke hospital lah nampaknya ni.. Ex suami hanya melihat sy dri jauh, terus je sy arahkan “Awak pergi cari teksi dulu sementara sy mandi nak bersiap..”

Tak lupa sy mengucapkan perhargaan pd M Cik jiran sebelah kerana membantu sy menguruskan Anten semasa sy berkerja. Anten sy dokong masuk ke dalam rumah. Sy dah mula rasa xdapat nak tahan marah sbb Anten ni sgt mengada2 menangis sepanjang2nya sejak tadi.

Sakit telinga dan terus sy bersuara keras.. “Boleh senyap x mulut tu, kalau menangis bukan boleh hilang sakit tu. Kalau nak di tambah sakit lagi boleh jer.., nanti mak cilikan terus menik tu.. Dah tau masa pakai zip seluar kenapa disentap kuat. Sebelum ni boleh pun pakai pelan2 Kalau pelan xkan tersepit pun”.. Waktu itu sy sekadar menakut2kan supaya dia senyap. Cakap baik mmg dia x nak dengar, maka sy kena tegaskan..!!..

Sikapnya sejak kecil sgt menduga kesabaran banyak lagi kerenahnya, Ia menduga sehingga ke zaman dewasa sy membuatkan sy sangat kecewa, malu dgn akhlaknya “Anak itu fitnah dunia”. (harap anda jgn tanya sy soal ini, terlalu peribadi) Apa pun zaman dia kecik dia hanyalah anak kecil x sampai lagi akalnya.. “Dah besar dia jenis x boleh ditegur, angkuh maklumlah rasa dah hebat berkuasa”.. he he he.. Lupa semua daratan terus hanyut kat lautan x pijak bumi dah..

Waktu itu sy sekadar menakut2kan supaya dia senyap. Cakap baik mmg dia x nak dengar, maka sy kena tegaskan..!!.. Selesai mandi teksi sudah datang diperkarangan rumah. Sy meriba Anten terus ke hospital besar K Lipis dan mendapat rawatan klinik luar..

Sangat sekejap x sampai 10 minit selesai urusan Anten tanpa jahit atau luka pun sebenarnya. Hanya sedkit bengkak..!! Teksi masih menunggu di luar dan sy terus balik dgn perasaan lega sekali. “Mak nanti kita beli mainan boleh x Mak atau beli airkrim ke”.. Anten mencelah dalam kesunyian.. Sy pandang mukanya.. Hati sayu sbb permintaannya x seberapa hanya nak jajan Xkan x belikan, x lama lagi sy akan kerja dn tinggalkan dia..

“Boleh lah mak.. Boleh lah”.. Sikapnya suka mendesak dn x sesabar Yati yg lebih memahami.. “ya nanti mak belikan. Tidur dulu, mak penat sangat Anten”..

Wahai pembaca budiman pengalaman sy sebagai ibu, jika ingin melihat sikap anak kita bila dewasa nanti “sebenarnya sejak kecil sudah kelihatan warna2nya” Kita sebagai ibu dah tau sikapnya itu akan besar macam mana sebenarnya masa dalam perut kita dah boleh merasa geraknya jenis bagaimana..

Bila kita menyayangi insan sekeliling kita x kira suami atau anak dalam apa jua situasi kita banyak memberi contohnya :

1: Kita akan mendahulukan org yg kita sayang melebihi keperluan kita.

2: Meskipun kita disakiti kita terus memaafkan dan mendidik

3: Kita x putus berdoa sehingga air mata, harapan sy xda nilai pada mereka.

4: Hati penuh mengharap perhatian dan kasih sayang agar berbalas sehingga jiwa lemah.

5: Hati x kuat bertahan dalam keadaan jiwa parah menunggu dia berubah. Kita memaafkan tetapi menjauh diri adalah lebih baik dari terus disakiti..

6: Sy x wujud adalah lebih baik kerana sudah puas menghitung rasa sakit.

Doa Dhuha sy pagi tadi..

“Ya Allah sesungguhnya hamba merasakan hanya Allah lebih mendengar, lebih melihat, malah lebih mengasihi sy lebih dari rasa cinta manusia lain terhadap sy.. Sy mengharap pada manusia yg sy sayangi tp hamba berasa sgt sakit dan terus disakiti oleh manusia yg hamba sayangi.

Sesungguhnya hati ini juga x kuat utk menetapkan hati mencari cinta pada Mu Ya Allah.. Hamba hina, kurang amal, kurang bersyukur tetapi banyak meminta kpd Mu, Ya Rabb hamba Mu ini kerdil lagi lemah imannya. Mana lagi hamba nak mengadu.. Berilah hamba ilmu yg bermenafaat agar dapat membawa jiwa kpd jalan Mu yg agung.

Hamba masih memerlukan kasih sayang dn hidup sesama manusia. Maka hamba meminta bersungguh2 berikan Ya Allah atas kekuasaan Mu agar jika dia baik untuk ku kau ubahkan dia agar sedar akan kesalahannya. Tetapi jika dia x baik untuk ku maka tutup hati dn cinta ku kepada manusia itu dn alihkan hati ku kpd mencari cinta kpd Mu ya Allah..

Amen Amen Ya Rabb..”

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!