Dugaan Nooraini

Anak-anak teruja jumpa bungkusan plastik, rupanya berisi Muntah : Dugaan Nooraini : Part 31

Susah nak menulis Dugaan Noor Aini, kena tenang2 dan recall pelan2 maklumlah dah lama cuti, mood lari ntah ke mana. Bila masuk kerja mmg berlambak kerja ofc, x menang otak nak kejar… Ok sy cuba sambung semula kisah silam sy dalam Dugaan Noor Aini..

Alkisahnya,

Contoh TV lama hitam putih..

Bila masuk letrik ke rumah, feeling kami waktu tu terasa macam masuk satu alam baru.. Anak2 seronok sangat.. Lepas makan malam anak2 menjerit2 kesukaan “ Mak malam ni kita buka TV lagi kan Mak.. Terang rumah.. Kejap lagi letrik sampai lampu nyala kan Mak.. Seronoknya yei.. Yei”.. Yati keseronokan..

Kesian anak2 ni dah macam org asli, jakun betul dalam hati sy bila tengok anak2 macam tu… ha ha ha dek hanya kerana rumah terang (xpakai pelita) dan dapat tengok TV je dah seronok bagai nak pecah alam. Walhal letrik ni dah lama ada masa kami duduk di Flat Pekeliling, Cuma sejak membesar anak2 sy hidup dengan cahaya pelita minyak tanah… Anten dan Ani x faham apa yg berlaku.. Tengok kakaknya bersorak adik2 pun mengikut bersorak..

Jam 7.30 magrib dah minta pasang tilam depan TV dan tertidur sekali kat situ..!!.. Sy memarahi Yati yg sedang keriangan.. “T jerit gelak tu jgn kuat2 nanti jiran sebelah marah.. Di balingnya batu lagi habis pecah rumah”.. Begitulah dalam awal seminggu tu mmg kemeriahan anak2 pengubat hati.. Anak suka mak pun ikut jadi suka lah.. he he he…

Tiada hiburan dan jauh dari segala kemudahan, lihatlah di sini sy dan anak2 dah bersyukur sgt walaupun perkara yg kecil dah rasa bahagia.. Sejak menoreh selama 2 tahun tu sy x pernah berniaga kuih dan make up lagi. Sy melihat pendapatan menoreh getah lebih baik walaupun berisiko masa hujan dan kerjanya sgt memenatkan..

Produk make up ada lagi 3 x yg habis jual tu sy pakai sendiri je.. Susah nak menjual kosmetik disini.. Sy je yg suka jaga muka org lain x kisah malah x heran pun nak jaga muka atau badan… (ermmmm syok sendiri sy yg nak menjualnya).. Kulit muka sy halus, cerah dan nampak segar walaupun kerja penat. Ramai yg tanya pakai apa (sy promote lah harap2 terjual).. Sy cakaplah sy pakai ni.. Jawab mereka sambil mencebik muka “membazir je lah setakat muka je bertepek… X faedah langsung.. RM 30 dapat beras 3 kampit”.. zassssssss kena sebijik kat muka sy… Bukan sekali kena macam ni sampai sy jadi serik.. Maka sy x nak menjual dah kosmetik kat sini (ingat kan tanya nak beli rupanya kena kutuk)..

Makanan yg agak berkhasiat tidak menjamin kekuatan badan sy walaupun tidak mengalami sakit kronik. Tenaga saya sangat lemah masa menoreh.. Sy paksa badan ni utk kerja. Sy marah diri sendiri (jangan mengada2 xlarat) supaya badan boleh terus kerja. Tapi dah x jalan motiovasi kan diri ni, badan mmg x da tenaga langsung… Setiap menoreh 6 pokok je sy dah terduduk..

Makin hari makin x larat. Sy rehat 2 hari dirumah dan sy paksa lagi badan ni kerja lepas tu.. Lama2 sepokok getah ke sepokok getah sy terpaksa mengesot… Lemah dan mmg x berdaya nak kerja. Bukan sja badan ni dah xda kudrat lagi nak menghayun pisau getah, jauh sekali mengutip getah lantun mmg lagi lah x boleh.

Sy sesak nafas dan sy x tahu yg sy ada asma..!! Selama 2 tahun ni asyik berembun dan sejuk masa keluar noreh tengah malam tu  paru2 sy x tahan.. Sy bukan sj x mampu menoreh, tapi sy juga mengalami rasa susah nak bernafas (sy x berjumpa doktor atau makan apa2 kalsium atau suplemen selain herba)…

Sejak sakit sy hanya duduk dirumah dan ex suami kerja sendirian.. Pendapatan kami sempit semula lepas tu. Selama sebulan sy berehat dan sy x berani kerja lasak macam dulu memaksa diri bekerja. Sy bercadang nak mulakan kembali menjual goreng pisang. Itu sy rasa memadai dgn tenaga sy. Kerja yg ringan mampu sy buat utk tampung belanja harian. Tujuan dan strategi sy jual kuih ialah nak sambung hajat sy dulu yg x kesampaian sbb xda modal cukup nak jual ikan sayur ke kongsi Indonesia..

Untung nasib hidup ni semua kena cuba.. Suka ke atau x suka kita kena lalu perjalanan hidup ni.. Nak mudah ingat sy akan tulis point sambungan senang sy nak buat story.. Seterusnya cerita sy bagaimana sy jual ikan, cili, rokok gudang garam.. Lebih pantas pegerakan sy berniaga ..!!

Petang hari masa sy merehatkan badan tu sy bawa anak2 sy meronda naik moto RXZ. Penuh moto dgn anak2 sampai ke tangki moto. Pelan2 je sy bawa cuma bila naik bukit sy kena press minyak lebih sikit. Takut juga bawa anak2 naik moto ni . Sy takut jatuh, moto dah besar.. Yati duduk belakang peluk Ani, Anten kat depan. Seronoknya anak2.. Itulah hiburan kami masa duduk kat hutan. Kesian betul bila sy ingat2kan kembali anak2 membesar dgn kehidupan  zaman kesukaran sy masa tu.

Sya masih x lupa 2 kenangan menarik sepanjang naik moto bawa anak2 ni.. Pertama kali tu kami jumpa 1 bungkusan plastic “ Mak apa tu mak.. Berhenti mak berhenti jerit Anten..” Sy penuhi permintaan anak dan berhentikan moto. Anak2 pun berlari ambik bungkusan tu.. Mereka buka depan sy..” Mak baju mak cantiknya..Nah kak long 1, Ani 1..Sy 1”.. kata Anten yg bersuara bingit bila didengar..

“Baju sape jatuh ni ya.. Ni mesti baju anak2 pegawai Felda.. Mahal baju ni.. Mmg cantik”… Pegawai Felda pakai kereta semuanya.. Rungut sy sambil berasa pelik dalam hutan belantara macam mana boleh jatuh baju.. Peneroka xkan pakai baju kualiti mahal macam tu.. Sy pun benarkan anak2 ambik baju tu dan kami berasa seronok sekali, dalam hati Allah bagi rezeki terpijak ni.. (Dulu sy x tahu hukumnya berdosa ambik hak org walaupun kita x tahu sape punya. Sepatutnya hantar dan umumkan dimesjid sape ada kehilangan baju )..

Balik rumah anak2 terus pakai.. Wah wah wah comel betul.. he he malu sedih.. Ketawa sendiri sy.. Tapi sy bercerita ni untuk iktibar kebaikan.. Meskipun kami x mencuri dan terjumpa itu bukan hak kami. Tetap x boleh ambil.. Dalam keadaan miskin, kami x berilmu kami x pernah tengok baju lawa macam tu kami ambil dan anggap halal, rezeki terpijak Allah bagi..

Kali ke2 sama juga.. Allah balas kifarah..Ni lawakkkkk

Kami meronda lagi naik moto riadah petang kononya, waktu petang2.. Sama juga situasinya Anten yg cekap matanya sambil menjerit2 dengan suara bingitnya.. “Mak depan tu plastic Mak bungkusan lagi ada baju lagi kot Mak..”.. Saya berhenti lagi dan kali ni sy bersuara dulu “Ntah2 taik atau muntah orang.. Jangan suka2 sangat, pergilah tengok, Mak tunggu sini”.. Kali ni bertiga anak2 turun dan x sabar2 nak buka plastic tu.. Yati pun buka.. yerrrkkk betul cakap sy tadi.. Muntah dalamnya.. ha ha ha.. Sy dan yati ketawa terbahak2.. Sejak tu saya x nak singgah dah bila ada bungkusan lagi..

Dengan usia yang semakin senja saya lalui hidup makin bercermat2.. Bukan saja masa, cara berfikir, bertindak apa lagi dalam bab berniaga. Nilai ketenangan cukup bermakna untuk usia begini. Sya tak mahu sibuk dgn dunia sangat sebab hidup jadi semakin berserabut. Sy bersyukur saja apa adanya Allah bagi meskipun pada yg sedikit. Itu dah namanya rezeki sy setakat itu.. Hati ni x sekuat zaman muda, sama juga tenaga dan fikiran semakin lemah. Alhamdullilah sy sihat itu paling besar nikmatnya apa.

4 Comments

  • lina

    Perkongsian cerita yg bermakna.trigat masa kecik dulu sy selalu memunggah longgokan sampah cari baju trbuang utk dpakai .longgokan sampahtu hutan kiri kanan bila dkenang nasib tak da penjenayah.t.ksh puan mengingatkan sejarah dulu dgn cerita puan.sy ni cpt lupa itu yg bahaya

  • Nor Asikin Daud

    Hahaha, kelakar cerita puan kali ni! Saya membayangkan mcm mna gaya puan naik moto tu? Rugged sungguh! Anten tu dari kevil suaranya bingit ye…hehe smpai skrng…!!!!

  • Nur

    Assalamualaikum….sy kagum dengan ketabahan puan dalam membesarkan anak2…..dan kepayahan puan untuk mencapai kebahagian…..cuma kadang saya dapat rasakan situasi saya sama sama dengan puan….bezanya zaman dulu yang tidak banyak kemudahan dan saya di zaman sekarang…….

    • jamuratu malaya

      Waalaikumusalam. .Sabar puan ye..pujuk hati supaya terus bahagia dgn nikmat lain Yg Allah berikan..Allah tetap beri puan masa utk nikmat la8n..jika bukan sekarang disimpan kannya gamjaran sabar tu di akhirat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!