Dugaan Nooraini

Allah bagi alamat dlm mimpi buruk, niaga semakin malap.. Dugaan Noor Aini : Part 58

Lama dah sy x buat story ttg kisah susah payah sy melalui hidup dalam dugaan Noor Aini.. Kali ni sy sambung lagi.. Kemuncak kesusahan hidup sy semakin teruk seterusnya selepas entri ni… Bila mula penghijrahan sy ke Kuala Lumpur (entri akan datang)..

Sy mulakan penceritaan sy..

Ujian datang berbagai bentuk seiring usia. Usia sy masa tu dlm 21 tahun.. (- +)… X berhenti2 ujian datang rasanya macam menimpa2.. Bila ketenangan yg datang walaupun sekejap,  hati ni masih merasakan akan ada ujian lain datang.. Ngeri rasanya nak lalui apa lagi ujian yg aka sy lalui..

Kalau dulu sy nak tau apa musibah atau ujian kaki sy berbonggol unta dibahagian tepi akan bagi signal “sakit berdenyut”.. Hati mengeluh resah takut dan rasanya x sesuai dn x sanggup nak lalui lagi dgn kemampuan diri yg masih remaja.. “Nape aku sentiasa diuji dan x sangka berkahwin ni susah sgt dan banyak sakit dri senang.. Napa orang tua suruh kawin utk kebaikan sy….”

Kaki sy yg berbonggol ni mmg x cantik.. Kaki org kerja berat he he.. Sejak kecil sy dapat merasakan signal dri bonggol ni kalau ada musibah buruk yg nak dtg..
Kaki sy yg berbonggol ni mmg x cantik.. Kaki org kerja berat he he.. Sejak kecil sy dapat merasakan signal dri bonggol ni kalau ada musibah buruk yg nak dtg..

Zaman dulu sy kurang pengetahuan ugama.. Sebaik2nya dalam ujian jgn merunggut.. Cari kawan.. ulama ke.. atau datang ke masjid dgn majlis ilmu/tazkirah.. baca buku sirah para nabi atau buku motivasi untuk meredakan kekusutan.. Banyak ilmu dan penawar Allah akan buka..

Sesungguhnya jangan percaya kepada yg lain selain Allah.. Dan sy x percayakan kaki itu kepada ramalan nasib sy.. Hanya Allah yg mengetahui segalanya.. dan amalkan doa ini supaya x tergelincin akidah kita sebagai muslim..
Sesungguhnya jangan percaya kepada yg lain selain Allah.. Dan sy x percayakan kaki itu kepada ramalan nasib sy.. Hanya Allah yg mengetahui segalanya.. dan amalkan doa ini supaya x tergelincir akidah kita sebagai muslim..

Seterusnya ujian hidup sy semakin berat sudah bermula…

Satu hari setelah sekian lama duduk dikedai sy pun teringin balik kerumah.. Malam tu kami tidur dirumah dn mungkin masa tu sy nak berhibur hati nak melupakan sebentar keresahan niaga.. Dugaan niaga makin berat dn x selalu indah rupanya.. Kecik niaga kecik dugaannya.. Besar niaga besar juga sakitnya.. (sy rasa niaga masa tu dah besar sbb pendapatan sy masa tu melebihi 50k sebulan) Sayup sunyi dn masalah niaga makin banyak..

Malam tu sy bermimpi belakang rumah sy dilanda banjir yg airnya  sangat kuat deras keruh kemerahan.. Sy pelik dlm mimpi tu sbb rumah sy atas bukit macam mana boleh banjir.. Dalam mimpi tu sy menyelamatkan diri dalam sampan bulat (kolek) sendirian sy ketakutan.. “Ehh Ya Allah mana anak2 aku selamat ke mereka.. Sy kat mana ni sambil berkayuh, sangat ngeri pemandangan keliling dipenuhi air yg deras tanpa sebatang pokok..

Mimpi tu macam benar2 sy sedang mengalaminya..” Takut gelap rasanya dunia hanya air dan sy terkapai2 mengimbangi sampan kolek tu.. Akhirnya sy tersadai sendirian ditebing sungai yg xda penghuni.. (Inilah maksud Sendayu Tinggi & sejarahnya iaitu Seni Dayung Tinggi).. Sangat sunyi yg nampak hanya belukar gelap.. Sy terpingga mencari anak2.. Napa x da org dikawasan ni.. Sy kat mana ni… Resah + sedih + takut + ngeri..

Bila sy terjaga dri tidur mimpi tu sentiasa bermain difikiran sy berbulan2.. “Apa maksud mimpi ni.. Macam Allah nak bagi signal sy akan lalui ujian lagi berat ttg perjalanan hidup sy dgn anak2 “… Selepas itu setiap hari sy resah dn bonggol kaki unta ni berdenyut lain macam rasanya..

Instinct sy pula membisikan sebenarnya “maksud mimpi tu ialah perceraian dn sy hidup sendiri.. Sy akan lagi susah selepas ini tanpa anak yg sy tempuhi akan datang..” (Ahh mengarutlah apa sy rasa ni.. Sy mana mungkin tahu masa akan datang.. Permainan syaitan hanya andaian sy jer… Sy menafikan sekeras2nya dan memujuk hati supaya x percaya pd mimpi tu..)..

Selepas tu ada lagi alamat Allah bagi sebelum sy bercerai next story sy tulis lagi mimpi dn tanda2 yg sy dapat.. Kehidupan sy semakin suram dn sendirian disini.. Perniagaan sy yg ramai pelanggan kini beransur surut kerana org Indon makin kurang.. Mereka berhijrah ketempat lain sbb kerja disini kurang.

Kedai India makin nampak locong x da barang.. Myb susah nak rolling sbb org lari x bayar hutang.. Kedai sy masih banyak barang dan mampu pusing modal kerana semua urusan niaga sy sebelum ni tunai cuma kurang pelanggan sy masih mampu bertahan..

Pun begitu x boleh tipu dn pujuk perasaan sy ni, resah ketakutan setiap hari. Indon punca sy stabil dn sy  bertahan masih tinggal disini sbb mereka. Jika x kerana mereka sy dah lama pergi dri sini. Sy dah mula merancang nak tinggalkan tempat ni utk hijrah kerja di KL..

Orang2 kuat banyak menyokong sy (tekong Indon) sudah ramai yg mengambil wang simpanan mereka yg ada pd sy utk berhijrah ke felda lain dn ada  yg nak balik ke Indon.. Sedihnya x terkata kerana malap sudah kemeriahan hidup sy disini..

Masyarakat felda mula membesarkan mata dan memanjangkan kepala melihat sy.. (padan muka baru tau sape kamu disini kalau xda Indon).. Kelincahan sy bukan sja dianggap liar malah sy juga dikatakan seperti tomboy… Sy nak lari mulakan hidup lain.. Sy benci dgn sikap buruk sangka penduduk sini..

Nantikan akan datang kisah sy menjual kedai dn berhijrah ke Kuala Lumpur..

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!