Dia kawan rapat saya – Anak sulung - Rakan Perniagaan
Biodata Bonda

Dia kawan rapat saya – Anak sulung – Rakan Perniagaan..

Dia kawan rapat saya – Anak sulung - Rakan Perniagaan

 

Kami lalui bersama azab cari makan Rozita dan Yati

Yati Anugerah Allah terbaik untuk saya dan contoh untuk adik-adiknya.

Semasa melahirkan Yati ketika itu umur saya 17 tahun. Saya tidak pernah bersedia jadi seorang ibu dan tidak mengerti apa itu erti perkahwinan. Usia terlalu muda dan berkahwin secara paksa dari keluarga menjadikan saya melaluinya dalam tekanan. Perasaan saya kepada anak-anak bukan sebagai ibu tetapi seperti seorang kakak menjaga adiknya ketika itu. Bila Yati berumur 5 tahun baru saya sedar bahawa saya ibu kepada 3 orang anak. Sejak itu saya makin bersemangat untuk meneruskan kehidupan atas naluri keibuan.

Jasa ibu pada anak mengandung mendidik dan membesarkan.. tapi cerita saya kali ini ANAK SAYA INI BERJASA PADA IBUNYA. Saya mungkin pelik.. tapi saya tak kisah apa pandangan anda yang membaca tulisan saya tentang sifat keibuan saya..!!

Nama anak-anak saya semuanya klasik tak moden tapi ada makna.. Noor Hayati – Cahaya Yang Menerangi Ku.. Cerita ni bukan rekaan penyedap rasa.. Kebodohan saya ketika itu dan keterpaksaan masa muda nak cari makan, sambung untuk hidup hari esok. Memperjudikan nyawa anak sendiri.

Yati umur 5 tahun dah jaga dua orang adik-adiknya. Saya tinggalkan anak-anak jam 12 tengah malam menoreh getah. Saya buka tingkap sedikit agar cahaya bulan masuk menerangi bilik, nak jimatkan minyak tanah, saya juga takut terbakar kelambu.. Saya tinggalkan dengan makanan.. Bayangkan budak 5 tahun, kalau zaman sekarang sedang ligat bermain di usia 5 tahun. Hebat betul dia boleh jaga 2 adiknya. Sorang cacat, lumpuh  dan sorang lagi sempurna…!!

Jam 1 tengahari saya balik. Jengok anak2 & masak untuk esoknya pula. Petang jam 3 saya bawa anak-anak ke kebun getah. Sebelah ladang getah tu hutan belantara. Saya pernah jumpa harimau, babi hutan, ular berbisa dan gajah liar.. Saya sayang anak, dah kerana terpaksa dan tak ada duit nak bayar orang upah jaga anak saya seret semua ke kebun getah!

Setiap kali saya kerja saya doa dulu sebelum tinggalkan anak.. “Ya Allah Engkau lah tempat aku minta perlindungan, peliharalah anak-anakku dari bahaya- Jangan sekali-kali kau ambil nyawa anak-anakku jika benar rezeki ku ini halal maka aku mohon kekuatan mu dan sebaik-baik kuasa yang melindungi anak-anakku!” dan bersalawat “Assalla mu alaika Ya Rasullallah.. Assalla Mualaika Ya Habibulah” Saya letakkan anak-anak dekat pondok, berbekalkan ubat nyamuk, pasangkan unggun api menghalau nyamuk tinggalkan mereka menunggu saya berkerja.  Ada juga kejadian buruk berlaku, arwah Ani pegang katak besar yang disangkanya mainan dan ular mendekati meraka.

Petang hari biasanya saya sambung menoreh atau kutip getah lantun agar tak dicuri orang. Untuk saya mengetahui keadaan keselamatan anak-anak ada 2 irama  1 ) aaaaaa – jika yati jawab aaaa maka selamatlah.  2) uuuuuuuuuu – maksudnya bahaya. Keadaan sunyi dan berbukit amat mudah memahami signal tu.. ha ha ha lawakk.. macam Tarzan kami waktu tu… Nyawa masa tu tak ada harga..!!

gambar-puan-rozita

Dahlah miskin… Tergamak orang curi getah lantun saya. Kerap kali, Terduduk saya menangis.. Kalau kena curi saya tak ada beras nak makan… Berhutang lagi azab. Kadang-kadang nak isi minyak motor pun takda duit saya campur minyak kelapa, Minyak tanah.  Jahanam moto…

Saya memerhatikan sikap kawan-kawan yang bergelar ibu disekeliling saya amat penyayang kat anak-anak. Mereka mengharap balasan, maksudnya jasa itu dibalas kerana membesarkan mereka wajib berbayar seperti saraan hidup, perubatan dan segalanya sebagai bukti kasih sayang anak. Lebih teruk kisahnya ada wanita yang bersembang seperti menunjuk-nunjuk kehebatan anak masing-masing kerana ‘Duit dan Kebendaan’ yang anak mereka hadiahkan sebagai bukti membalas jasa.

Bila saya memberikan imbuhan kepada staf setiap tahun.. Saya interview setiap mereka – berapa simpanan mereka? Sangat mengecewakan 80% bagi mak, saya tanya mak buat apa duit gaji kamu tu, dia simpankan ke? Taklah.. Buat rumah, beli langsir, pinggan mangkuk! Rakusnya ibu ini, tanpa fikir masa depan anak yang belum lagi ada hala tujunya.. Zaman akan datang lebih susah nak beli harta. Bagi saya masa depan kita dah suntuk dan hampir berakhir. Kalau sebab bantu adik-adik belajar lain ceritalah… Ada juga ibu tak ambik duit anak dalam 20%, tapi anak tu pula joli katak. Hakikatnya ramai orang tak jelas matlamat hidup dan tak suka simpan duit.

Saya pula tegas,  tidak berlembut dengan anak, nampak seperti tak penyayang dan manjakan anak ..!! Saya menyayangi dengan cara misi yang jelas ‘Bersama’ kenali realiti kehidupan alam dewasa menakutkan jika tak siap dari muda – fokus saya lebih mengajar anak matang cepat sebelum usia mereka. Nak ajar akedemik tak pandai!

Logik tak kita siapkan minda? Minda ni JAHAT. Kena lentur dari awal lagi untuk semua perkara. Sebab tu Islam tak bagi kita buruk sangka.. Bahasa modennya PRAJUDIS… Ha.. ha.. Speaking London saya… Bila kita letak harapan tinggi, tak tercapai kita sakit dan kecewa! Contoh bila kahwin suami akan jaga, sara dan sayang kita sampai mati. Jika sebaliknya bagaimana? Begitu juga anak, kita sayang didik bila besar jadi lain pula. Bagaimana? Realitinya hidup tak selalu indah – ada kemungkinan jadi apa Contingency Plan? Bila prajudis – hati dah ada double virus jahat – tak cari salah sendiri tapi letak kesalahan pada orang lain, huiii itu lebih teruk kesnya! Kita kejam pada diri sendiri dan kejam pada orang lain.

4 Comments

  • qaseh lyna

    Qaseh x ada comment cuma qaseh jadikn pn rozita sbg idola dalam mengharungi liku2 perjalanan yg di penuhi onak duri sebelum mencapai kindahan yng tak terjangkau…. tahniah puan telah melepasi fasa yg belim tentu insan lain dapat harunginya… teruskan perjalanan ini puan rozita dan saya dan rakan lain akan mengikuti mu dari belakang…
    Akhir sekali syabas dan tahniah yang tak terhingga pada insan penyabar dan tabah seperti puan rozita ibrahim. Semuga pengorbanan anak mu..yati menjadi dorongan pada anak2 muda kita zaman cyber ini..

  • Anie Yat

    Assalamualaikum. .puan saya mmg tabik sgt pd puan tiap kali puan menceritakan kisah lama puan… tak srmua org yg susah punya semangat yg tinggi mcm puan… tahap ketekunan puan amat dikagumi… dan puan adalah antara insan2 yg istimewa kerana dipilih utk melalui ujian dari Allah…semoga segala usaha puan sentiasa diberkati dan sentiasa berada dlm rahmatNYA…

  • zainab

    tahniah puan rozita. anak berumur 5 tahun dh boleh jaga adik2. sy anak 5 tahun mintak tlg tgk adik 1 tahun habis disakat sampai menangis. pengalaman puan buat sy mengimbas kembali zaman kanak2 yg mengikut mama ke kebun mengambil upah mengutip buah koko. pernah koko yg dalam proses pengeringan dicuri gara2 harga koko mahal ketika itu.

  • reko

    assalamualaikum puan rozita, saya dah habiskan semua tulisan puan. sekarang kembali ke tulisan pertama puan untuk saya hayati setiap onak yg puan lalui. sebelum ni baca utk tau jalan cerita saja. banyak pengajaran yg saya dpt belajar. teruskan menulis. ramai yg sedia membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!